Tuesday, 14 August 2012

Hot Wheels


Mulakan dengan hobi yang murah supaya tidak terlalu membazir.






Keseronokkan untuk menambah koleksi memuncak bila terjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama, 1/64 diecast hunter. Cuma Aku baru hendak bermula jadi memadailah dengan koleksi permulaan daripada Hotwheels dan Real X. Kalau kewangan mengizinkan mungkin akan menambah koleksi daripada Kyosho yang terkenal dengan "details"nya.


Bagoih : nikmatilah kata2 semangat seorang penghobi hot wheels

bagoih bagoih bagoih..

This Week Opening Movie : The Expendables 2

Tak Sampai 24 jam lagi The Expendable 2 akan muncul di pawagam² terdekat anda ..



Jadi standby ler gi tgk premier Hari ni atau besok.

kalau nak tahu pasal showtimes and cinemas gi kat link nih ..

www.cinema.com.my

Serba Sedikit info citer nih..


Expendables adalah kembali dan kali ini ia melibatkan hal peribadi.. Selepas Tool (Mickey Rourke),  dibunuh dengan kejam dalam satu misi , member2 dia bersumpah untuk membalas dendam kepadanya. Anak perempuan Tool iaitu Fiona memulakan misi membalas dendamnya sendiri dan lebih rumit apabila dia ditangkap dan dijadikan tebusan oleh diktator kejam yang berkomplot untuk memusnahkan satu gerakan penentangan. Barney (Sylvester Stallone) dan The Expendables akan menyelamatkan Fiona dan sekaligus menyelamatkan dunia.adakah mereka berjaya ?
kekekkee off course ler...depa kan terer..Harap² Hasil direct Simon West ni best...

Pelakon² dalam movie ni memang best Sylvester Stallone, Jason Statham, Terry Crews, Jet Li, Mickey Rourke, Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger, Randy Couture Dolph Wozniak, Jean-Claude Van Damme dan the best of  All CHUCK NORRIS!

Trailer Terbaru Untuk Filem nih



Salah Satu Sedutan dari Filem Aksi ini


Sedikit pics yang sempat Aku cilok ..


Atas : - Chuck Norris Jalan Ja..Kereta Meletup Sendiri!


Ni Plak ..SMG yang cari chuck bukan chuck cari SMG.


Gambar Atas Ni Masa Diorang Satu Event Kat San Diego Comic Convention 2012 yang berlangsung baru baru ini.


Satu Babak Dalam The Expendable 2.


So Ajak la kengkawan,makcik pakcik enjoy movie ni besok ...atau pun pada hari raya..best woo layan movie masa hari raya..kekekek dulu2 asyik layan sarkis ja kat tv masa raya...

Kami nak pi tgk cerita ni besok! jom join us!

Bagoih : Bagoih Woo Cerita nih!







Pelita Pictures


Pelita Of The Day

























Bersih 2.0: Molotov Cocktail



Irma Hasmie Ngandung!!!


Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie,30, tidak menafikan berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.
Malah, Irma yang ditemani suaminya, Redza Shah, 31, ketika majlis fitrah Ramadan 2012, malam tadi memberitahu keadaannya ketika ini kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.

“Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.
“Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.
“Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan,” katanya kepada murai.com.my.
“Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.
“Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya,” jelas Redza.
Bagoih : Tahniah ...bagoih bagoih bagoih kasik ramai lagi umat nabi muhammad!

Hairy Armpit


What Do You Think About That ??

Awesome Failed or Else....





Unshaven for just about a month. I love them.


 Not much hair but their hurrry.


My parents hate them, my boyfriend loves them, but most importantly, 
I love them! Embrace the fuzz!


Eight months of hairy pits! Now, if I could just go topless whenever 
I wanted to, I wouldn’t have these silly tan lines.


Just because I felt free enough to do so. 










jawatan kosong dialisis alor star,kl,jitra — Alor Setar
 
Pictures of  jawatan kosong dialisis alor star,kl,jitra
Since 23 May 2012
Date Posted
 
 

Ad details

nak cari kja sbgai staff nurse..xksah kat mna pon dialisis area kl,alor star atau jitra,ampang..

Tolong Tolong Tolong gadis ni sangat memerlukan pekerjaan.. 
Kita sama2 bantu dia di bulan ramadhan nih.. 
apapun bagoih untuk semua.. 

Israk Mikraj


Peristiwa Israk Mikraj











-








SEJARAH ISRAK MIKRAJ : Assalamualaikum dan salam satu blogger. Apa itu Israk Mikraj??? Sedalam mana penyertian Israk Mikraj yang tertanam dalam kita, individu muslim dan sejauh mana pemahaman kita berkenaan Israk Mikraj??? ISRAK MIKRAJ adalah peristiwa spiritual yang dialami Nabi Muhammad SAW. Ia difahamkan sebagai perjalanan malam Nabi dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan terus menerus menembusi dinginnya langit menuju sebuah puncak yang disebut Sidratul Muntaha.

-
Diriwayatkan, ketika Rasulullah sedang tidur malam bersama para sahabatnya di Masjidil Haram, tiba-tiba Jibril datang membangunkan dan membawanya untuk Israk Mikraj. Dalam konteks ini Thabathaba’i (Tafsir al-Mizan), menyebut bahawa di antara sahabat yang sedang bersama Nabi SAW saat itu adalah Hamzah Ibnu Abdul Muttalib, Jaafar Ibnu Abi Talib, dan Ali Ibnu Abi Talib.
-
Namun suatu riwayat seperti dipetik Fakh al-Din al-Razi dalam Mafatih al-Ghaib, menyatakan bahawa Israk Mikraj tidak dimulai dari dalam Masjidil Haram, melainkan dari rumah Ummu Hani binti Abi Talib. Yang lain lagi menyatakan, bahawa mulai Israk Mikraj itu adalah dari sebuah ruangan dalam rumah Abu Talib r.a. Beberapa kenyataan Islam menyebutkan bahawa Israk Mikraj itu ditempuh hanya dalam satu malam. Perjalanan yang panjang ini dimulai setelah selesai waktu Isyak dan diakhiri pada waktu fajar menyingsing.
-
Demikian jauhnya jarak perjalanan ini, maka Aisyah dan Muawiyah berpendapat bahawa Israk Mikraj merupakan perjalanan rohani dan bukan perjalanan fizik jasmani. Menurut Aisyah, roh Nabi Muhammad bergerak membelah semesta alam untuk berjumpa dengan Allah, sementara jasadnya bersemayam di bumi. Pendapat itu ditolak oleh jumhur ulama yang mengatakan Israk Mikraj melibatkan jasmani rohani Nabi Muhammad secara sekali gus.
-
Bagaimana mungkin benda seperti jasad manusia boleh berjalan lebih cepat daripada gerakan cahaya. Menurut teori Einstein, jika ada benda berjalan secepat cahaya, maka benda itu akan terurai dan hancur lebur. Kemudian jumhur ulama berkata, bahawa Israk Mikraj adalah untuk dipercayai dan diyakinkan, bukan untuk diperdebatkan. Bilakah terjadi peristiwa Israk Mikraj itu? Beberapa riwayat menjelaskan pendapat yang berbeza. Ulama yang berpendapat bahawa peristiwa Israk Mikraj itu terjadi pada hari Jumaat, 27 Rejab. Inilah pandangan paling popular di kalangan umat Islam. Namun sebahagian lain berpendapat peristiwa Israk Mikraj itu terjadi di awal dan bukan di akhir bulan Rejab.
-
Menurut pendapat al-Harbi, seperti dipetik oleh al-Qurtubi dalam Al-Jami’il lil Ahkam al-Qurtubi, Israk Mikraj terjadi pada 27 Rabiul Awal. Sama juga pendapat seperti yang dikatakan oleh az-Zuhri dan Urwah. Ibnu Abbas berpendapat bahawa Israk Mikraj terjadi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal. Sebabnya pada hari, tarikh dan bulan itulah Rasulullah dilahirkan, diangkat menjadi Nabi, di Israk Mikrajkan, berhijrah ke Madinah dan meninggal dunia.
-
As-Suddi pula berpendapat bahawa Israk Mikraj terjadi pada bulan Zulkaedah (Ibnu Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah). Bukan hanya bulan yang diperselisihkan, melainkan juga tahun peristiwa itu. Ada ulama berpendapat bahawa Israk Mikraj terjadi satu tahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Sebahagian lain berkata bahawa Israk Mikraj diperkirakan terjadi 18 bulan sebelum peristiwa hijrah. Sementara yang lain lagi berkesimpulan bahawa Israk Mikraj terjadi ketika Khadijah masih hidup.
-
Menurut Yunus Ibnu Bukair, pasca Israk Mikraj, Khadijah masih sempat melaksanakan solat. Ini kerana Israk Mikraj terjadi pada tahun kelima dari kenabian, beberapa bulan sebelum Khadijah meninggal dunia. Bahkan seperti dikutip oleh Thabathaba’i, Ibnu Abbas berkata bahawa Israk Mikraj terjadi pada tahun kedua dari kenabian. Intisarinya bermacam pendapat, yang berkata tahun ketiga kenabian, 10 tahun tiga bulan dari kenabian, 12 tahun dari kenabian, satu tahun lima bulan sebelum hijrah, satu tahun tiga bulan sebelum hijrah, dan enam bulan sebelum berhijrah.
-
Mengapa berlaku perselisihan? Sebabnya, ketika peristiwa Israk Mikraj berlaku tidak ada orang yang mencatat dan merekodkannya secara betul. Rasulullah pun dikisahkan tidak boleh membaca dan menulis. Mengenai hari, tarikh, bulan, dan tahun peristiwa Israk Mikraj di atas sepenuhnya didasarkan pada ingatan para sahabat, dan bukan pada data rakaman tertulis.