Thursday 22 November 2012

Small House or Jamban






Sebesar mana bebanan kite sejauh mana keburukan kita dan setinggi mana keangkuhan atau akhlak kemuliaan kita ianya tetap mampu bertahan kukuh bagi melahirkan yang lebih sempurna.


Jamban adalah bahasa yang di permodenkan yang kini ianya dikenali dalam sebutan tandas atau lebih kenali sebagai tempat pembuangan najis.

Rata rata manusia di era masa kini lupa mengenai jasa dan bebanan sebuah jamban iaitu memikul secara keseluruhan kekotoran atau keburukan setiap manusia bagi melahirkan kebaikan dan kesempurnaan pada setiap sesuatu.

Pada masa yang terdahulu jamban secara majoritinya di bangunkan di luar rumah dan di kenali sebagai rumah kecil. Di sebabkan ianya tempat atau nama sebagai pembuangan najis, ianya tidak begitu penting bagi sesetengah masyarakat pada masa yang terdahulu dan ianya masih terbawa pada era masa kini.

Jamban yang terdahulunya sering berada di luar rumah dan sering berada pada sudut belakang rumah kerana ianya adalah tempat yang melambangkan kekotoran. wajahnya juga sering manusia abaikan dan tidak begitu minat untuk di perkemaskan seperti bilik bilik tidur, ruang tamu dan seperti bumbung bumbung yang sergam indah.


Jamban atau dengan sinonim nya sering tidak terbatas dengan tindak tanduk di anak tirikan dan ianya juga harus tidak diberi perhatian disebabkan ianya simbol kekotoran jelas pada pandangan masyarakat. Tiada masyarakat yang suka atau minat mempertengahkan pengorbanan sesebuah jamban malah ianya sering di kenali sebagai tempat najis,kotor,busuk dan harus atau wajib di perjauhkan diri darinya dengan tanpa rasa ragu ragu.


Jamban juga sering di cemari dengan kepelbagaian kekotoran dari semua sudut, lebih menghina pada masyarakat yang tidak mahu mengikut etika pada masa ianya digunakan.

Ada yang mengatakan, bunyinya pun kotor ataupun tempat najis jadi tidak hairanlah kalau orang membuat kekotoran di sini mahupun pembuangan sampah besar besaran.


Tapi hari ini Bagoih melayangkan beberapa gurindam mengenai jamban untuk tatapan kita buat semua ilmu pengetahuan yang ada.

Jamban tidak mengenali usia, bangsa, negara mahupun agama malah jamban tidak mengerti baik dan buruk seseorang individu tersebut TETAPI ianya wujud di sebabkan atas nama sebagai tanggung dan jawapnya bagi pengorbanan yang jelas dan nyata.

Sesetengah masyarakat yang penuh dan kaya dengan nilai nilai tahap menghormatinya sahaja mungkin mengerti dan memahami mengenai nya. Tiada kayu pengukur nya yang dapat menilai tahap pengorbanan sesebuah jamban pada seseorang tersebut. Sesunguhpun ianya baik dari kebaikan, warak dalam agama, tinggi ilmu pengetahuan nya atau sebagainya.

sekiranya jamban tiada mana mungkin manusia aman, manusia sering penuh dengan kejahilan, manusia sering dalam kebingungan dan mungkin lebih pada tidak ber etika pada kahidupan tersebut.  Pemikiran yang jernih, kesihatan yang baik, akhlak yang sopan, pada kekayaan wang ringgitnya atau rumah yang tersergam indah semuanya lahir dari penyudahan nya yang tak jemu menadah segala sisa sisa manusia.

jamban adalah tunggak didalam setiap sudut rumah yang cantik menarik mahupun tersegam indah. jamban berjaya melahirkan kepelbagaian kekusutan manusia, berjaya menyelesaikan kepelbagaian masalah manusia dan memikul segala keburukan manusia mahupun ianya kotor dan busuk.

Disini bagoih ingin berkongsi bersama anda semua gunakanlah jamban dengan penuh etika dan tatasila yang betul. Sungguhpun ianya kotor dan busuk janganlah kita menambah mengotorinya lagi dengan cara yang terkutuk. Setiap kerjasama kita dalam penggunaan menggunakannya adalah tanda ribuan terima kasih kita kepadanya.




Mari saksikan kepelbagain jenis gambar jamban di bawah:

                                                                            sayangnya sesorang insan ni kepada jamban nya
                                                                            siap letak aircond dan astro lagi.. 
                                                                            jamban five star nih!!


seorang warga thailand tidak jemu membuat jamban begerak untuk sekitar pasar pasar basah di Thailand. 


                                          ahahaha ni jamban dari negara Jepun
                                          sebahagian daripada teknologi jenaka jepun.





Bagoih : Jadi ketahuilah anda setiap kebaikan datang dari keburukan.
                 Dan setiap yang baik lahir pada yang terbaik.
                 Setiap yang mulia datangnya dari pengorbanan.
                 Setiap yang sempurna lahir dari persembahan yang kaya dengan sikap hormat menghormati


































No comments:

Post a Comment