~RAHSIA TARIKH
LAHIR~
1hb
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam
soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab
itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud
keserasian.
2hb
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang
dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar
digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang
mampu mengubahnya.
3hb
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani
kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak
endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk
didekati.
4hb
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka
mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering
tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja
cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
5hb
Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana
ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung
kepada orang-orang yang kamu sayangi.
6hb
Kamu disukai ramai kerana
personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai
yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi
perkara penting selain cinta.
7hb
Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronok.
Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan
pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih
sangat!
8hb
Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang
menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu
semata-mata saja!
9hb
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti
dan keterampilan diri di mata orang ramai. “Maintain vouge” manjang! Dalam soal
cinta, sudah tentu kamu ingin yang ’setaraf’ juga.
10hb
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat
mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam
keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati
terasa diri terpinggir!
11hb
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam
mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga
bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa
boring bila terlalu mengikut peraturan?????
12hb
Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu
memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai
yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun
berpunya!!
13hb
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif
sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering
tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat
pandai menjaga perhubungan.
14hb
Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam
hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada
sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup
kamu!!
15hb
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah
keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan
terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang
suka membuat tindakan ‘last minutes’.
16hb
Kamu ini seorang yang moody
rupanya…. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini
membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba
kawal sikit.
17hb
Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati
kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak
tahu perasaan sebenar kamu.
18hb
Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal
perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan
tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan
kata sayang.
19hb
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu
lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka
mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
20hb
Kamu ini terlalu banyak
permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul
pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya
tengok dulu kemampuan si dia!!!
21hb
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah
membuatkan orang lain ‘ambil mudah’ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia.
Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka
sebelum terlambat.
22hb
Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat
bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu
akan memilih seseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di
sampingnya.
23hb
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka
mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping
teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam
hidup.
24hb
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam
perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat
menggongkong si dia.
25hb
Bila menyentuh soal cinta, kamu
sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka
mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak
tau kan???
26hb
Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius
dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan
saja!!!!
27hb
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain
walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!
28hb
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan
teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu
meminggirkan sidia tanpa disedari.
29hb
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan
sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu
miliki.
30hb
Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan
kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!
No comments:
Post a Comment