Thursday 16 August 2012

Keris Dan Sejarah

Berkongsi Mitos Mengenai Keris.


Apakah itu SUNDA dan apakah itu KUJANG
Istilah SUNDA adalah sebagai kebangsaan dan ajaran yang di selubungi tata karma tersembunyi yang  kini hanya menjadi nama sebuah etnik kuno. Begitu juga dengan pusaka yang bernama KUJANG yang pada awal penciptanya berfungsi sebagai simbol dalam ajaran sunda.

Soalannya berbunyi :
1. Adakah Sunda itu kaum atau daerah kawasannya  yang begitu hebat?
2. Apakah Kujang itu satu permulaan nama yang terdahulu bagi perkataan Keris?
3. Adakah Sunda dan Kujang itu mempunyai satu hubung kait dalam aspek kehidupan?


Mari kita sama-sama menyelami dan menghayati clip di bawah ini.






Secara umum, senjata ini telah diakui sebagai simbol milik asli kaum Sunda yang terdahulu di mana menjadi ciri ciri khas kedarjahan masyarakat Sunda pada masa itu . Dalam perkembangannya, seiring kemajuan teknologi dan budaya sesuatu negeri berfungsi dengan kegunaan senjata tradisional ini mulai meluas pada suatu masa terdahulunya. Kujang yang dulunya berfungsi sebagai simbol bagi setiap darjah seseorang atau keturunan keturunan tersebut.
Setiap daerah di Indonesia memiliki senjata khas dan unik  beserta isi kandung dan nilai sejarah tersendiri. Senjata khas itu juga dalam riwayat sejarahnya melambangkan kekuatan untuk kedarjahan atau mempertahankan diri. Setiap daerah atau suku bangsa memiliki senjatanya tersendiri yang di gelar Kujang pada masa itu.
Kujang adalah sebuah senjata yang unik dari segi rekabentuk dan sejarahnya. Kujang juga terdapat banyak isi kandung beserta semangat yang penuh bermaksud bagi setiap sesuatu Kujang tersebut. Ianya penuh dengan sesuatu kepercayaan tata karma mengenai kehidupan pada kaum sunda yang terdahulu.
Mungkin kerana masyarakat sekarang sendiri sudah tidak banyak lagi menyimpan Kujang dan tidak tahu sejarah masa lalu yang penuh tata karma kehidupan serta nilai nilai lain yang terkandung dalam senjata tersebut. Sumber sumber lain berupa tulisan mengenai Kujang juga sudah jauh terkabur di dalam masyarakat era masa kini.
Kujang juga bermata dua. Kedua sisinya sama tajam dan hanya bentuknya yang berbeza. Kujang memiliki ornamen seperti lubang lubang kecil dan bergerigi atau lekukan pada salah satu sisinya. Lubang lubang kecil itu juga berbeza beza dan mengandungi isi kandung semangat tata karma yang penuh bermaksud.
Ketajaman di kedua belah sisi tersebut mempunyai makna dan filosofis tersendiri bagi masyarakat Sunda pada zaman terdahulunya.  Kandungan kandungan makna yang penuh dengan semangat tata karma melalui aspek kehidupan individu, rumahtangga, perubatan, pemerintahan dan ke masyarakatan. Ianya merefleksikan keseimbangan dalam kehidupan mereka pada masa terdahulunya dalam bentuk sesuatu kepercayaan.





































Adakah kujang pula di ilhamkan melalui bentuk angin atau asap??






Bagoih : angin plak dah!! penatt



No comments:

Post a Comment