Thursday 16 August 2012

Keris Taming Sari


  1. BERKONGSI MITOS MENGENAI KERIS TAMING SARI

    **Mari kita jejaki candi ini**
    Jika candi Prambanan ini di kaitkan dengan agama hindu, maka candi Borobudur pula di kaitkan dengan agama Buddha. Soalannya berbentuk kenapa ukiran keris ini juga di abadikan di dinding candi tersebut? Siapakah bangsa atau salasilah mana yang memahat batu-batu di dinding candi tersebut dengan kod-kod rahsia untuk di baca pada generasi selepas mereka. Sudah tentu mereka bercerita tentang kehidupan mereka untuk di jadikan pedoman kepada kehidupan kita pada hari ini dan sudah  tentu keris juga adalah sebahagian daripada hidup meraka pada masa itu yang penuh bermaksud atau sebagai simbol tertentu.


    Mitosnya Bermula... 
    Kita hanya mendengar perkhabaran hanya sedikit sejarah Keris Taming Sari itu bermula ianya dari dimiliki oleh Pendekar Majapahit hingga akhirnya ianya jatuh ketangan Laksamana Hang Tuah. Akan tetapi asal usulnya masih begitu kabur sehingga hari ini. Begitu juga keberadaannya yang terkini ianya milik siapa dan ketulenannya samada asli atau palsu. Maka terbitlah beberapa pendapat dan andaian asal usulnya, unsur besinya, tuannya, mukjizatnya dan penuh kepelbagaian yang begitu berbeza kefahamannya.
    Kata Sang Raja Wali : Diringkaskan ceritanya, setelah Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat, maka Hang Tuah tersangatlah berdukacita. Maka benarlah ramalan mahagurunya Sang Adi Putra, bahawa salah seorang dari mereka lima sahabat itu akan mati ditangan salah seorang saudara seperguruan. Setelah Keris Taming Sari jatuh semula ketangan Hang Tuah, maka pada satu ketika tatakala Hang Tuah berada dipersisiran pantai, mengenangkan keresahan bebalnya mengenai kehidupan di muka bumi ini, maka datanglah utusan dari sang pencipta menasihati beliau supaya keris tersebut dicampakkan kelaut. Kerananya bumi tersebut akan bermula lah sejarah kehidupan barunya yang penuh tata karma kenegaraan yang baru beserta berkesinambungan nya.
    Maka akhirnya Keris Taming Sari itu dicampakkan jauh kedalam laut. Lalu ianya di gantikannya oleh Hang Tuah dengan keris baru yang hampir serupa panjang loknya dan bentuknya. Ulu dan sarungnya masih kekal sama seperti tersebut. Maka Keris Taming Sari yang dibangga-banggakan itu sekarang ini adalah keris baru yang tiada mukjizat seperti asalnya, melainkan diisi. Persoalannya dilaut manakah ianya terpendam, atau sudahkah ianya ditimbulkan semula, atau adakah ianya sudah berada ditangan pemilik kesinambungan nya? Dan apakah yang di maksudkan berkesinambungan nya itu…??? Hmm..  Cubalah sama sama kita renungkan agar ianya menjadi pedoman….
    Sekian, boleh dibaca, percaya JANGAN...

    Bagoih : sejarah tetap sejarah. melayu bukan mitos. masyarakat pergunungan jawi memang hebat.  Tatkala dunia dijajah seluruh benua ditakluki namun rahsia pergunungan jawi tersimpan luhur tanpa ada ketirisan nya. Umat perlu dijaga, maruah perlu dijulang dan jangan sampai menjadi hina dimata umat durjana. Kasih dan sayang bukan untuk dijual beli kerana didalamnya terkandung kalimah BASMALLAH. Hukum tetap hukum agar menjadi warisan perintah. Hindar kebencian tanam rasa sayang agar diri meratapi kalam sang pencipta.Taming Sari dan Hang Tuah bukan untuk dipersenda umpama adat mengatasi adap. Agama pakaian umat jangan hanya coretan lidah yang bertopeng tak bertanggungjawab. Yang baru pastinya binasa yang lama di jadikan pedoman…  Fuhh penatt

No comments:

Post a Comment