Saturday 8 December 2012

Lagenda Tua Pulau Langkawi




Pulau Langkawi




Lagenda Tua

Mengenai lagenda tua Pulau Langkawi ia tidak begitu diketahui umum, walaupun ia juga jelas memperlihatkan keadaan pasang surut nasib Pulau Langkawi dan kaitannya dengan Negeri Kedah. Lagenda tua mengambarkan kaitan rapat Pulau Langkawi dengan Negeri Kedah dalam zaman silam, iaitu sebelum kedatangan agama Islam ke Negeri Kedah.


Sepanjang zaman itu Raja-raja Kedah dikehendaki mengorbankan seorang puteri kerabat diraja kepada seekor ular besar yang mendiami Pulau Langkawi, setiap kali berlakunya pengantian raja di Negeri Kedah atau apabila tercetusnya perang dengan negeri lain. Sebagai balasan, ular besar itu hanya menghadkan golongan mangsa makanannya kepada orang Siam, orang Mergui dan golongan makluk lain, manakala penduduk Melayu Kedah terselamat daripada kekejaman tersebut.


Tambahan lagi, ular besar juga menentukan keselamatan rumah dan keluarga para penduduk Kedah ketika tuan rumahnya menjalankan urusan di luar negeri. Pada waktu terang, ular besar menentang dirinya di luar pelabuhan untuk menghalang angkatan laut musuh dari memasuki dan menyerang Negeri Kedah dan Pulau Langkawi.

Bersambung nanti.....

Walau bagaimanapun, apabila Raja dan rakyat Negeri Kedah  memeluk Islam, jelas kepada mereka bahawa amalan mengorbankan seorang manusia sebagai makanan kepada ular besar adalah bertentangan dengan ajaran agama. Justeru itu maka amalan kurafat itupun dihentikan.

Keputusan menolak tradisi pengorbanan ini amat memarahkan si ular besar dan ia menunjukkan kemarahannya dengan memusnahkan Pulau Langkawi dan memakan penduduk serta segala isi yang ada di pulau itu. Malangnya tiada sesiapa pun yang terdaya menahan kejahatan Ular Besar tersebut. Bagaimanapun, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kepada hambanya yang beriman menamatkan malapetaka tersebut.

Seorang Sheikh Arab tiba-tiba sampai ke Negeri Kedah dan mengenalkan dirinya sebagai suruhan Ilahi yang dihantar untuk menamatkan kesengsaraan yang sedang dialami oleh masyarakat Melayu Negeri Kedah. Beliau terus membuat perjalanan ke pulau Langkawi.  

Sebaik tiba di Pulau Langkawi, orang tua tersebut yang alim itu tanpa membuang masa terus mengambil air sembahyang serta memakai serban berwarna hijau. Dengan Quran terjunjung di atas kepalanya, beliau sampai di kawasan kediaman ular besar tersebut. Di depan ular besar itu, beliau menghamparkan tikar sembahyang serta terus sembahyang dan membaca doa. Pada ketika itu juga ular besar membelit dan menelannya. Orang tua itu lalu melaungkan "Allahuakbar" dengan sekuat-kuat hatinya.

Sebaik sahaja ular besar menelan sheikh Arab tersebut, ia seolah-olah mengalami kesakitan yang amat sangat. Badan ular itu meliuk-liuk sambil kepalanya menjulang melebihi paras yang tertinggi di Pulau Langkawi, manakala ekornya membidas dengan tidak tentu arah dan matanya bersinar seumpama kilat. Dalam keadaan itu, ular besar menuju hala ke kawasan gunung-ganang tempat asal kediamannya. Sejak waktu itu, tiada sesiapa lagi yang pernah melihat ular tersebut.

Pada era masa kini beberapa tahun kemudiannya, beberapa orang yang mendaki kawasan pergunungan Langkawi untuk mencari emas, berlaku satu pertemuan aneh yang di percayai tulang ular yang amat besar di kawasan itu. Di tengah timbunan tulang tersebut, terletak batu permata hijau. Agaknya, itulah mercu tanda yang masih tinggal daripada ular besar dan Sheikh Arab penyelamat Pulau Langkawi yang alim itu. 

2 comments:

  1. sumber cerita nie datang dari mana?

    ReplyDelete
  2. sumber ni ada diceritakan dalam buku blockade of quedah

    ReplyDelete