Tuesday 4 December 2012

Tips Jimat Minyak Petrol




Tips ini berkesan untuk mereka yang memiliki kereta atau motosikal yang inginkan isian penuh dengan harga yang murah dan nak jimat wang.(duit simpan buat komtar depan rumah)
Sila ikuti step by step cara mengisi agar peratus keberkesanan itu meningkat.
Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak Petronas Selayang…. masa-masa tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu hampa semua nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah.
Dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat jugak la, so dia rasa aku orang yang agak sesuai kot untuk dia berikan tips macam mana nak turunkan harga RM2.52 sen kat pam minyak jadi 1.28 or suka ati hampa semua la nak letak berapa kupang pun…
mula2 memang aku tak percaya…
tapi……
1.  Hampa kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapapun… dengan mengatakan isi penuh ja hampa boleh setting balik harga kat pam hampa pilih taksat tu… x kira la pam 1 ka, pam 2 ka jangan pam angin atau NGV dah la.
2.  Hampa gi balik kat pam hampa tu, dan jangan angkat nozel lagi.
3.  Kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan untukk credit card tau) tapi yang bawah pada screen liter tu… kira macam nak isi manual la senang carita.
4. hampa tekan ‘clear’ – untuk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then hampa tekan enter – 3x
6. then hampa tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’2′, ’8′ (1.28 sen seliter) atau hampa blasah la tekan berapa pun yang hampa suka. Jangan sampai tekeluar button tu dah la.
7. Pastu Hampa tekan enter – 3x sekali lagi
8. Tekan butang clear – 2x
9. Then hampa tekan berapa puluh yang hampa nak isi.
10. Bila dah lepas tekan enter tu bolehla masukkan nilai isian dengan penuh kejayaan yang cemerlang gemilang dan terbilang… pastu supervisor petrol pam tu pun maila kt hampa biasala dengan bertanya seperti di bawah :
“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… xde keje lain ker hah…!!!!”
so hampa semua dengan muka tersipu-sipu isi ja la minyak dengan harga baru kerajaan tu.






iLop iLop .. Lakyat Lakyat .. bagui baguii .. he he he he

No comments:

Post a Comment